top of page

Polisi Data Peribadi

 

Versi 2 pada: 4 September 2026

 

Dokumen ini (“Polisi Data Peribadi”) bertujuan untuk memaklumkan anda bagaimana Genting Dementia Centre Sdn Bhd (No. Pendaftaran Syarikat 201801044713) (“kami”) mengendalikan Data Peribadi (seperti ditakrifkan di bawah), yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia Akta 2010 (Akta 709), seperti yang dipinda atau digubal semula dari semasa ke semasa (“Akta”).

 

Sila baca Polisi Data Peribadi ini supaya anda mengetahui dan memahami tujuan dan cara kami mengumpul, menggunakan, memproses, berkongsi, mendedahkan dan menyimpan Data Peribadi anda.

 

Dengan mengakses laman web kami dan apabila anda berurusan dengan kami, menyerahkan maklumat kepada kami, atau mendaftar untuk sebarang perkhidmatan yang kami tawarkan, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami, serta wakil dan/atau ejen kami untuk mengumpul, menggunakan, memproses, menyimpan, mendedahkan dan berkongsi Data Peribadi anda, serta mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak ketiga yang relevan mengikut keadaan yang dinyatakan di dalam Polisi Data Peribadi ini.

 

Di mana kami mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi sensitif mengenai anda (termasuk maklumat kesihatan, data biometrik, agama atau rekod jenayah), kami akan, sekiranya perlu, mendapatkan kebenaran nyata anda secara berasingan daripada kebenaran am anda terhadap Polisi Data Peribadi ini, melainkan di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk memproses data tersebut tanpa kebenaran.

 

1. Data Peribadi

 

1.1  Dalam Polisi Data Peribadi ini, “Data Peribadi” merujuk pada sebarang data, berkenaan seseorang individu yang boleh dikenal pasti (a) daripada informasi tersebut; (b) daripada informasi  dan maklumat lain yang kami miliki; atau (c) data peribadi sensitif (seperti, antara lain, data biometrik, maklumat berkenaan kesihatan mental, pandangan politik dan pegangan agama), tetapi tidak merangkumi maklumat orang yang telah meninggal dunia.

 

1.2  Contoh Data  Peribadi yang kami mungkin mengumpul dari anda adalah termasuk (antara lain):

 

(a) maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor telefon kecemasan, e-mel, nombor pasport, nombor Kad Pengenalan (NRIC), tarikh lahir, dan tandatangan anda;

 

(b) butiran demografi seperti profesion, sejarah pekerjaan, umur, bangsa, etnik, jantina, status perkahwinan, pendapatan, faedah, gelaran, tempoh perkhidmatan dan tahap pendidikan anda;

 

(c) butiran internet seperti alamat Protokol Internet anda, atau pergerakan laman web, maklumat log masuk, jenis penyemak imbas, sistem pengendalian dan maklumat URL;

 

(d) butiran kewangan, yang merangkumi butiran akaun bank, penyata bank, nombor cukai pendapatan, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sejarah kredit anda.

 

(e) rekod kesihatan dan maklumat mengenai keadaan perubatan anda, yang merangkumi sejarah perubatan terdahulu (jika berkenaan);

 

(f) gambar dan maklumat audio-visual yang lain;

 

(g) data biometrik, yang merangkumi pengecaman muka, cap jari, geometri jari, pengecaman iris, imbasan retina, dan pengecaman suara;

 

(h) data peribadi sensitif seperti agama dan sabitan jenayah anda; dan/atau

 

(i) data yang anda berikan kepada kami secara sukarela.

 

1.3 Jika anda memberikan Data Peribadi orang lain selain daripada diri sendiri, sila pastikan anda mempunyai kebenaran mereka untuk memberikan kepada kami Data Peribadi mereka dan mereka memahami bagaimana kami mengumpul, menggunakan, memproses, kongsi, mendedahkan dan menyimpan Data Peribadi seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Data Peribadi ini. Sekiranya seseorang tidak dapat memberikan kebenaran disebabkan kapasiti yang berkurangan, perenggan 2.4 dan 2.5 di bawah adalah terpakai, dan anda perlu mendedahkan kapasiti di mana anda memberi Data Peribadi tersebut.

 

1.4 Walaupun kami berusaha untuk menyediakan maklumat yang semunasabahnya mencukupi mengenai dasar kami yang berkaitan dengan Data Peribadi, Polisi Data Peribadi ini bukanlah satu senarai lengkap semua situasi atau senario mengenai Data Peribadi. Sila menghubungi kami jika anda memerlukan penjelasan mengenai sebarang situasi tertentu yang tidak diliputi dalam Polisi Data Peribadi ini.

 

 

2. Pengumpulan Data Peribadi

 

2.1 Secara am, kami mengumpul Data Peribadi secara berikut:

 

(a) apabila anda menyerahkan sebarang borang yang termasuk tetapi tidak terhad pada borang permohonan, borang penilaian kewangan atau borang lain yang  berkaitan dengan mana mana perkhidmatan kami;

 

(b) apabila anda mengemukakan informasi untuk penilaian perubatan dan/atau penilaian kewangan megenai permohonan anda untuk perkhidmatan kami;

 

(c) apabila anda menandatangani apa-apa perjanjian dengan kami atau mengemukan dokumen atau informasi, semasa anda berinteraksi dengan kami atau semasa anda menggunakan perkhidmatan kami;

 

(d) apabila anda berinteraksi dengan kakitangan kami, termasuk mereka yang berada di Dementia Care Centre (“DCC”), atau ketika anda berinteraksi atau berhubung dengan kami melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakamkan), surat, perjumpaan secara bersemuka, mesej berteks, melalui media sosial dan e-mel;

 

(e) apabila   anda   berinteraksi   dengan   kami   melalui   laman   sesawang   kami   atau menggunakan perkhidmatan dalam laman sesawang kami;

 

(f) apabila anda memohon agar kami menghubungi anda atau dimasukkan dalam senarai e-mel ataupun jenis mel lain;

 

(g) apabila anda mendaftar untuk sebarang aktiviti di DCC, inisiatif atau latihan, atau apabila anda respons pada permohonan untuk Data Peribadi tambahan;

 

(h) apabila imej anda dirakam menggunakan kamera litar tertutup semasa anda berada dalam premis kami atau melalui gambar atau video yang dirakam oleh kami atau wakil kami jika anda menhadiri majlis atau aktiviti kami;

 

(i) apabila menyerahkan Data Peribadi kepada kami bagi lain-lain tujuan.

 

2.2 Anda perlu memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan daripada pihak anda untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan kami tidak dapat memberikan perkhidmatan yang anda pohon, atau meyebabkan kelewatan untuk memberikan perkhidmatan yang anda pohon, atau lewat bertindak balas kepada pertanyaan anda atau lewat memproses permohonan anda.

 

2.3 Kami tidak akan sengaja mengumpul atau mendapatkan Data Peribadi    daripada inividu di bawah umur lapan belas (18) tahun tanpa medapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang disahkan. Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda tidak sepatutnya menyalurkan Data Peribadi kepada kami.

 

2.4 Ramai pengguna/klien DCC merupakan orang yang hidup dengan demensia di mana kapasiti mereka untuk memahami dan memberikan kebenaran terhadap pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi mereka mungkin berkurangan, atau mungkin merosot pada suatu tempoh masa. Kami menilai kapasiti untuk memberikan kebenaran pada titik pendaftaran dan penilaian susulan akan dijalankan dari semasa ke semasa serta setiap kali keadaan menunjukkan bahawa kapasiti tersebut telah berubah. Dalam situasi kapasiti berkurangan sedemikian, kami seterusnya akan berurusan dengan Wakil Sah mereka berkenaan dengan sebarang perkara yang memerlukan kebenaran.

 

2.5 Wakil Sah – Sekiranya pengguna perkhidmatan kami tidak mempunyai kapasiti untuk memberikan kebenaran atau melaksanakan hak-hak mereka di bawah Polisi Data Peribadi ini, kami akan menerima arahan daripada waris atau penjaga utama yang dinamakan dalam dokumentasi pendaftaran kami yang akan dirujuk sebagai Wakil Sah. Dalam situasi yang wajar, kami mungkin memerlukan pemeriksaan perintah mahkamah, surat kuasa wakil (power of attorney) atau dokumentasi lain untuk membuktikan kuasa pihak bertindak tersebut, dan kami akan merekodkan siapa yang bertindak sebagai Wakil Sah pengguna.                                              

 

3. Tujuan Mengumpul, Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi Anda

 

3.1 Secara am, kami mengumpul, mengguna dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:

 

(a) mengkaji maklumat perubatan,kewangan dan informasi lain yang berkaitan untuk menilai permohonan untuk perkhidmatan kami;

 

(b) menilai dan memantau keadaan perubatan dan status individu yang mengalami demensia yang menggunakan perkhidmatan kami di DCC;

 

(c) memberi respons, memproses dan mengendalikan pertanyaan, maklum balas, aduan dan permintaan;

 

(d) mengesahkan identiti anda dan identiti bakal pengguna atau pengguna perkhidmatan kami dan Wakil Sah mereka;

 

(e) menguruskan dan merancang pentadbiran serta operasi DCC dan mematuhi polisi dan prosedur dalaman;

 

(f) memohon maklum balas atau penyertaan dalam kaji selidik dan/atau penyelidikan, serta menjalankan penyelidikan pasaran dan/atau analisis untuk statistik, profiling atau tujuan lain bagi menyediakan perkhidmatan kami, memahami tingkah laku klien, kesukaan dan aliran pasaran semasa, serta meneliti, membangunan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami;

 

(g) mereka program latihan untuk kesedaran demensia, penjagaan demensia dan perkara lain yang berkaitan;

 

(h) memadankan dan mengemaskini sebarang Data Peribadi yang kami sedia ada yang diberkaitan dengan pengguna atau bakal pengguna perkhidmatan kami dan Wakil Sah mereka;

 

(i) mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah dan menganalisis dan mengurus risiko    komersial;

 

(j) menguruskan keselamatan dan sekuriti premis serta  perkhidmatan  kami  (termasuk tetapi tidak terhad pada pengawasan menggunakan kamera litar tertutup serta menjalankan perintah perlepasan keselamatan);

 

(k) memantau atau merakam panggilan telefon dan interaksi bersemuka dengan pelanggan untuk jaminan kualiti, latihan kakitangan dan penilaian prestasi serta tujuan pengesahan

identiti;

 

(l) berkaitan dengan sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding (termasuk tetapi tidak terhad   pada  penyediaan draf dan semakan dokumen, transaksi dokumentasi, mendapatkan nasihat undang-undang, dan membantu memperoleh penyelesaian bagi sebarang pertikaian), dan/atau melindungi dan menguatkuasakan hak kontraktual dan undang-undang serta kewajipan kami;

 

(m) menjalankan sebarang bentuk penyiasatan yang termasuk tetapi tidak terhad pada perkara berkaitan pertikaian, pembayaran, penipuan, kesalahan, pendakwaan dan lain-lain;

 

(n) memenuhi atau mematuhi mana-mana peraturan, undang-undang, peraturan, kod amalan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan perundangan atau pihak berkuasa yang mengikatkan kami dan syarikat induk Genting Berhad dan anak anak syarikatnya (secara kolektif “Kumpulan”) (termasuk tetapi tidak terhad pada maklumbalas terhadap aduan daripada pihak berkuasa, mendedahan maklumat kepada pihak berkuasa dan menjalankan pemeriksaan audit, atas ushaa yang wajar dan penyiasatan);

 

(o)  promosi pemasaran tentang kemudahan kami, perkhidmatan, aktiviti dan program kami;

dan/atau

 

(p) atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti dinyatakan di atas.

 

3.2 Sebagai tambahan, kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut bergantung pada jenis hubungan dengan kami:

 

    (a) Jika anda adalah bakal penguna, pengguna semasa atau bekas pengguna servis di DCC:

 

(i) menyediakan perkhidmatan dan sokongan  pegguna/klien (termasuk tetapi tidak terhad pada pengurusan perhubungan pelanggan, memproseskan kemasukan anda, memproses dan penyelesaian pembayaran dan membuat panggilan susulan, dan memberikan anda sokongan pentadbiran);

 

(ii) mentadbir dan memproses permintaan anda termasuk membuat dan mengemas kini profil pengguna perkhidmatan kami dalam sistem pangkalan data untuk tujuan pentadbiran;

 

(iii) memberi pengalaman peribadi di tempat anda berhubung dengan DCC dan menjalankan penyelidikan pasaran, memahami dan menganalisis tingkah laku klien, lokasi, kesukaan dan demografi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami;

 

(iv) berhubung dengan doktor pakar pihak ketiga (jika perlu) dan menghubungi klinik, hospital dan/atau institusi perubatan jika berlaku kecemasan (termasuk menyediakan akses bagi rekod perubatan anda);

 

(v) pentadbiran untuk mendapatkan pembayaran hutang serta sebarang pengurusan hutang; dan/atau

 

(vi) atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti dinyatakan di atas.

    (b) Sekiranya anda adalah seorang Wakil Sah,:

 

(i) memaklumkan atau membincangkan keadaan/perkembangan perubatan, fungsi kognitif dan tingkah laku pengguna;

 

(ii)  menghubungi anda mengenai aktiviti dan program di DCC;

 

(iii) menghubungi anda untuk perkara yang berkaitan dengan pengguna kami di

DCC; dan/atau

 

(iv)  atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti yang diyatakan di atas.

 

3.3 Selanjutnya, dimana dibenarkan di bawah Akta, kami mungkin mengumpul, mengguna dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk "Tujuan Tambahan" seperti berikut:

 

(a) mengambil atau merakam gambar dan video untuk publisiti  korporat  atau  tujuan pemasaran, dan memaparkan gambar anda dan/atau testimoni anda dalam artikel kami, program penyelidikan dan bahan publisiti;

 

(b) menyediakan atau memberi perkhidmatan serta manfaat kepada pengguna, Wakil Sah mereka, termasuk mempromosikan aktiviti dan program di DCC;

 

(c) menganjurkan kempen bergerak, latihan, kempen (termasuk  ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan atau kesedaran demensia atau program dan kempen mengenai demensia) dan lain-lain program atau aktiviti yang berkenaan;

 

(d) memadankan Data Peribadi dengan data lain yang dikumpulkan untuk tujuan lain dan dari sumber lain (termasuk pihak ketiga) berkaitan dengan penyelidikan, penyerahan kepada   badan   berkuatkuasa, penerbitan   dan/atau   peruntukan   atau   penawaran

perkhidmatan;

 

(e) menghantar keterangan perkhidmatan kepada anda, perkembangan, maklumat berkaitan  kesihatan, sama ada kepada pengguna kami atau bakal pengguna kami secara amnya, atau berdasarkan perkara yang kami kenal pasti mungkin menarik minat anda;

 

(f) menjalankan penyelidikan pasaran, mengumpulkan dan menganalisis profil pengguna, lokasi, kesukaan, demografi dan data untuk menentukan corak dan trend berkaitan kesihatan, dan untuk penyelidikan, penerbitan, pemfailan kepada badan penguatkuasa;

 

(g) memahami dan menganalisis tingkah laku orang yang mempunyai demensia dan juga penjaga mereka untuk penyelidikan, penerbitan, pemfailan kepada penguatkuasa, mereka program latihan dan untuk kami menawarkan produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan anda; dan/atau

 

(h) atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti yang dinyatakan di atas.

 

 

4. Pendedahan dan pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia

 

4.1 Kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi Data Peribadi anda terhadap pendedahan yang tidak dibenarkan. Tertakluk pada peruntukan mana- mana undang-undang yang berkenaan, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan di, atau diproses di lokasi-lokasi di luar Malaysia, atau didedahkan, untuk tujuan yang disenaraikan di dalam perenggan 3 (mana yang berkenaan), kepada entiti atau pihak berikut, sama ada mereka berada di luar negara atau di Malaysia:

 

(a) dalam kalangan ahli dan gabungan Kumpulan (termasuk kakitangan mereka);

 

(b) kakitangan akademik dan pelajar di Universiti Malaya dan/atau institusi pengajian tinggi lain yang dikenal pasti yang berkoleborasi dengan kami untuk operasi di DCC atau mereka yang terlibat dengan penyelidikan mengenai rawatan demensia atau penjagaan demensia;

 

(c) doktor pihak ketiga, klinik, hospital dan/atau institusi perubatan;

 

(d) syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan insurans kepada Kumpulan kami;

 

(e) agen, kontraktor, subkontraktor, penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan kepada DCC, contohnya perkhidmatan kiriman, telekomunikasi, teknologi  maklumat, pembayaran, percetakan, bil, mendapatkan pembayaran hutang, pemprosesan, perkhidmatan teknikal, pengangkutan, latihan, penyelidikan pasaran, keselamatan, atau lain-lain perkhidmatan kepada Kumpulan;

 

(f) kakitangan TauRx Pharmaceuticals Limited dan anak syarikatnya atau Syarikat terapeutik lain yang dikenalpasti oleh kami yang berkaitan dengan penyelidikan dalam penjagaan demensia atau penyakit Alzheimer;

 

(g) syarikat kad kredit, institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan masing-masing;

 

(h) penasihat profesional seperti perunding, juruaudit dan peguam;

 

(i) kementerian kerajaan yang relevan, pihak pengawal selia, lembaga berkanun atau pihak berkuasa atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, garis panduan dan peraturan atau skim yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan; dan / atau

 

(j) mana-mana pihak lain yang anda benarkan untuk kami dedahkan Data Peribadi anda.

 

4.2       Sekiranya kami memindahkan Data Peribadi anda ke lokasi-lokasi di luar Malaysia, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah, berdasarkan peruntukan di bawah Akta, untuk memastikan (semana yang munasabah dan boleh dilaksanakan) bahawa penerima luar negara tersebut terikat dengan kewajipan yang boleh dikuatkuasakan secara undang-undang berkaitan dengan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi anda, termasuk memaklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam mengenai sebarang pelanggaran terhadap Data Peribadi anda yang sah.

 

 

5. Keselamatan Data Peribadi

 

5.1 Kami menggunakan usaha kormersial yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi daripada kehilangan atau kecurian, serta akses tanpa kebenaran, pendedahan, salinan, penggunaan atau pengubahan.

 

5.2 Kami  menggunakan  pelbagai  kaedah  untuk  melindungi Data Peribadi, termasuklah menggunakan langkah fizikal, alat teknikal dan kawalan organisasi.

 

5.3 Keselamatan dalam talian juga adalah keutamaan. kami menggabungkan langkah-langkah keselamatan  contohnya  penyulitan dan alat pengesahan ketulenan untuk melindungi Data Peribadi anda daripada penggunaan yang  tidak  dibenarkan. ‘Firewall’  digunakan  untuk  melindungi  pelayan  dan  rangkaian  kami  daripada  akses penguna yang tidak dibenarkan dan mengubah fail serta maklumat lain dalam simpanan kami.

 

5.4 Walaupum kami tidak dapat memberi jaminan bahawa kehilangan, salah guna atau pengubahan data tidak akan berlaku namun kami berusaha secara wajar untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

 

5.5 Sekiranya berlaku insiden pelanggaran data peribadi yang menjejaskan Data Peribadi anda (seperti kehilangan, penyalahgunaan, atau akses tanpa kebenaran), kami akan memaklumkan kepada anda dan pihak berkuasa pengawal selia yang berkaitan tanpa kelengahan yang tidak munasabah, mengikut tempoh masa berkanun yang terpakai, sekiranya pelanggaran tersebut mencapai ambang pemberitahuan berkanun, khususnya, di mana pelanggaran tersebut berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang ketara dan/atau berskala signifikan, seperti yang dikehendaki oleh Akta.

 

 

6. Penyimpanan Data Peribadi

 

6.1 Kami mengekalkan Data Peribadi yang disediakan atau diberikan kepada kami berdasarkan Polisi Penyimpanan (Retention Policy) kami, atau seperti yang diperlukan  untuk  tujuan perniagaan atau undang-undang dan tujuan tersebut berubah mengikut keadaan. Kami tidak menyimpan Data Peribadi lebih lama daripada yang diperlukan untuk pemenuhan tujuan-tujuan ia dikumpul.

 

6.2 Kami akan  melupuskan  dengan  selamat  atau  secara  tanpa  nama  Data Peribadi yang ditentukan dengan sewajarnya tidak lagi diperlukan dan tidak secara umum berpegang Data Peribadi berdasarkan "sekiranya diperlukan". Namun adalah demi kepentingan pengguna yang menggunakan perkhidmatan kami untuk memastikan penjaga kami dapat merujuk kepada set lengkap rekod perubatan untuk mengelakkan risiko kesihatan dan keselamatan pengguna.

 

6.3 Oleh yang demikian, bagi rekod perubatan pengguna perkhidmatan kami, melainkan jika arahan khusus diterima daripada orang tersebut, kami mungkin (tetapi tidak diwajibkan) menyimpan rekod perubatan itu selagi kamiberkemungkinan dirujuk  oleh  ahli keluarga atau pun doktor pengguna walaupun rundingan mungkin tidak berlaku sehingga selepas sesuatu masa.

 

 

7.  Cookies

 

7.1 Apabila anda berinteraksi dengan kami di laman web kami, kami atau pembekal   perkhidmatan yang diberi kuasa kami mungkin menggunakan cookies untuk mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu menyediakan anda dengan, pengalaman web    yang lebih baik, lebih cepat dan lebih selamat.

 

7.2 Maklumat yang dikumpul oleh kami atau pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa kami boleh mengiktiraf pengunjung kembali sebagai pelawat unik dan boleh mengumpul maklmumat seperti bagaimana pengunjung tiba di laman web kami, apa jenis pelayar pengunjumg dihidupkan, apa system operasi pengunjung menggunakan, alamat IP pelawat dan cop pelawat maklumat klik aliran dan masa (contohnya, halaman mana    mereka telah dilihat, masa halaman yang diakses dan masa yang digunakan setiap halaman web.

 

7.3 Cookies adalah fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan nombor) yang disimpan dalam ingatan pelayar atau peranti anda apabila anda melawat laman web. Cookies membenarkan laman web untuk mengiktiraf peranti atau penyemak imbas tertentu.

 

7.4 Penggunaan cookies, oleh kami di laman web kami adalah perlu untunk fungsi perkhidmatan kami, membantu kami meningkatkan prestasi kami, atau berkhidmat untuk menyediakan anda dengan fungsi tambahan. Mereka juga boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan yang lebih releven kepada anda dan minat anda, atau untuk pengiklanan sasaran untuk anda.

 

7.5 Sekiranya anda ingin menyahaktifkan cookies yang berkaitan dengan teknologi ini, anda boleh berbuat demikian dengan menukar tetapan pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, jika anda menolak cookies, anda mungkin tidak dapat untunk mengambil kesemptan daripada ciri-ciri laman web tertentu atau alat perkhidmatan

 

 

8. Hubungi Kami – Akses dan Pembetulan Data Peribadi Anda, Hak Kemudahalihan Data, Penarikan Balik Kebenaran, dan Hak untuk Menarik Diri (Opt Out) daripada Pemasaran Langsung

 

8.1 Kami  mempunyai  prosedur  untuk  menerima  dan  memberi  maklum  balas terhadap pertanyaan mengenai polisi dan amalan kami yang berkaitan dengan pengendalian  Data Peribadi. Sebarang aduan atau pertanyaan perlu dibuat secara bertulis  dan  dihantar  kepada  alamat  seperti  yang di  bawah.  Sekiranya  terdapat sebarang pertanyaan atau soalan mengenai Polisi Data Peribadi ini atau amalan pengumpulan data yang dinyatakan di sini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data yang dilantik oleh kami (yang telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi) seperti berikut:

 

(a) melalui e-mel: pdpaoffice@gentingdcc.com  

 

(b) melalui surat: Pengurus, Dementia Care Centre, Lot 34810 dan Lot 43096, Persiaran

 Arfah, Segambut, 51200 Kuala Lumpur

 

8.2 Anda boleh mengemukakan permohonan bertulis untuk meminta untuk meminda atau kemas kini Data Peribadi anda dengan menghantar e-mel kepada kami di alamat di atas. Kami akan bercuba memberikan anda cara yang sesuai untuk mengakses data peribadi anda (contohnya melalui e-mel atau pos kepada anda).  Kami juga berhak untuk mengesahkan keaslian semua permintaan tersebut. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk membalas permintaan akses data yang sah dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang dan sekiranya perlu, melanjutkan tempoh masa tersebut sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang, selepas memberikan notis kepada anda. Kami mungkin akan mengenakan bayaran yang munasabah, sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta, bagi menampung kos pentadbiran untuk mematuhi permintaan akses data tersebut.

 

8.3 Anda juga berhak untuk meminta kami memindahkan Data Peribadi anda secara terus kepada pengawal data lain pilihan anda. Bagi menjalankan hak ini, anda hendaklah mengemukakan permintaan bertulis melalui peranti elektronik ke pdpaoffice@gentingdcc.com

           

Sila ambil perhatian, bahawa kami hanya dikehendaki untuk bertindak atas permintaan ini sekiranya pemindahan terus tersebut adalah boleh dilaksanakan dari segi teknikal dan pengawal data yang menerima menggunakan format data yang serasi. Hak ini secara amnya terpakai bagi Data Peribadi yang telah anda berikan kepada kami, yang diproses berdasarkan kebenaran atau sesuatu kontrak. Sebelum melaksanakan pemindahan tersebut, kami mungkin memerlukan maklumat tambahan untuk mengesahkan identiti anda dan untuk mengesahkan penamaan sah pengawal data yang menerima bagi tujuan keselamatan. Kami akan membalas dan memproses permintaan anda yang sah dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.

 

8.4 Sekiranya anda atau Wakil Sah anda, menarik balik kebenaran anda terhadap sebarang atau kesemua penggunaan Data Peribadi anda, bergantung pada sifat permintaan tersebut, kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk terus menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, atau menguruskan sebarang hubungan kontrak yang sedia ada, yang seterusnya juga boleh mengakibatkan penamatan sebarang perjanjian yang anda miliki dengan kami. Hak-hak dan remedi perundangan kami dalam keadaan sedemikian adalah dirizabkan secara nyata. Anda boleh pada bila-bila masa meminta kami berhenti memproses Data Peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung. Penarikan diri (opt-out) ini adalah terhad secara khusus kepada pemasaran langsung sahaja; kami boleh terus memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan sah yang lain yang bukan bersifat pemasaran.

 

8.5 Sebagai tambahan kepada hak anda untuk menarik balik kebenaran dan hak anda untuk menarik diri (opt out) daripada pemasaran langsung, anda boleh pada bila-bila masa, melalui notis bertulis, menghendaki kami berhenti atau tidak memulakan pemprosesan Data Peribadi anda di mana pemprosesan sedemikian menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan kerosakan atau kesusahan yang substansial dan tidak wajar kepada anda (atau individu lain), melainkan sekiranya merupakan sesuatu pengecualian di bawah Akta terpakai.

 

8.6 Anda diingatkan untuk tidak menghantar maklumat sensitif seperti kata laluan, maklumat kad kredit dan lain-lain melalui cara yang tidak disulitkan (seperti e-mel).

 

8.7 Sila ambil perhatian,jika sekiranya Data Peribadi anda telah diberikan kepada kami oleh pihak ketiga (contohnya pengamal perubatan am), anda hendaklah menghubungi organisasi atau individu berkenaan untuk membuat sebarang pertanyaan, aduan, serta permintaan akses dan pembetulan.

​

​

9. Lain-Lain

 

9.1 Undang-undang Pemerintahan – Polisi Data Peribadi ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

 

9.2 Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Kebangsaan bagi Polisi Data Peribadi ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai, sejauh mana percanggahan tersebut berlaku.

 

9.3 Kami mungkin mengemas kini atau menyemak semula Polisi Data Peribadi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam amalan kami atau dalam undang-undang yang terpakai. Di mana perubahan tersebut adalah material, kami akan memaklumkan kepada anda dengan menyiarkan Polisi Data Peribadi yang telah disemak semula di laman web kami (atau melalui cara lain yang kami anggap sesuai) berserta dengan tarikh berkuat kuasanya. Interaksi berterusan anda dengan kami berikutan perubahan tersebut melambangkan pengakuan anda terhadap Polisi Data Peribadi yang telah disemak semula tersebut.

​

​

bottom of page